Tuesday, 12 April 2011
TUKAR MINYAK HITAM
** Amaran: sekiranya anda tidak berkeyakinan, jangan lakukan!! Serahkan kepada pakar bengkel kenderaan dan bayar aje. Bagi tau kome awal2, Teman tak bertanggung jawab sekiranya berlaku perkara2 tak diingini!!------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
First time buat akan ambik masa lama, bile dah selalu, ambik mase 15-30 minit aje. Peralatan/tools yg diperlukan:
- Spana- utk buka skru tangki bwh minyak hitam.
- universal filter wrench- kasi longgar/ketat filter.
- super car jack- barang wajib utk kenderaan
- sediakan bekas utk minyak hitam yg telah digunekan.
PROSEDUR/ LANGKAH/ TEKNIK/ SKILL
1. Tarik hand-brake dan masukkan gear satu.
2. Gune car jack utk naikkan kenderaan bhg hadapan. Berapa tinggi? ikut saiz badan asalkan anda boleh buat kerja dgn selesa. Teman gune 2 superjack utk dapatkan free workspace.
Kenalpasti skru penutup bhg bwh tangki minyak hitam. Jangan longgarkan dulu!
Sediakan saiz bekas yang sesuai utk menampung minyak hitam yg telah digunakan. Letakkan dibahagian bawah skru penutup tangki minyak hitam.
3. Longgarkan skru penutup yg ketat dengan spana. Seterusnya hanya pusingkan skru penutup dengan tangan aje. Berhati-hati, minyak akan mencurah keluar melalui lubang penutup, angkat bekas rapat ke lubang!
4. Ganti penapis/filter lama. Gunekan universal filter wrench ukt melonggarkan filter dahulu! seterusnya hanya pusing dgn tangan. Pastikan bekas kedua berada di bawah utk menampung miyak hitam!
Masa ukt berehat seketika. Kalau di bengkel, cume 5 @ 10 minit aje. comfirm baki minyak htm masih ade lagi! Bergantung kepada anda berapa lama nak tunggu.
TIPS; naik & turunkan car jack supaya baki minyak habis menitik.
5. Setelah anda berpuashati, Ketatkan semula skru penutup tangki bwh minyak htm dgn spanar!
6. Gantikan filter/penapis yg baru. Sila baca arahan tertera pada kotak@filter. Pusing dan ketatkan dengan tangan sahaje!
7. Mase utk minyak htm yg baru... Pastikan langkah 5 & 6 telah dilakukan dahulu! Isikan minyak yg baru.
(berapa banyak nak isi? isikan 1/2 atau 2/3 dahulu. Biarkan masa dlm 15minit utk minyak turun, nanti blh check kemudian)
8. Pastikan aras minyak tidak sampai tanda MAX(maximum). Juge jangan terlalu kurang MIN(minimum). Pilih tanda aras yg di tengah!
Minyak htm yg berlebihan dlm enjin umpama= jin bertendang. Juge jangan kedekut check selalu aras minyak hitam, kalau berkurang sila tambah. Licking pd gasket enjin (top cover, tengah, tangki bwh minyak hitam), oil seal antara penyebab minyak htm berkurang.
0 comments:
Post a Comment